Wednesday 23 July 2014

Tip Keselamatan Jalan Raya dan Rumah Sempena Hari Raya!!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera... 

Dida doakan uolls semua sihat2 belaka. Mesti masing2 dalam mood raya dah kan. Dida bukan x sabar nak raya. Tapi tak sabar nak balik kampung... sukanya dida :) Rindu giler dengan kampung, maklumlah sekali sekala je balik kampung. Dulu ingat lagi jika balik kampung mesti nak pi umah Tok belah mak dida sebab umah Tok suasana kampung yang penting bukan umah batu.. hehehe... yang penting bile balik kampung kitorg adik-beradik mesti kerjakan ayam, itik, kambing sampai selalu kene marah dengan arwah Tok dida. Dan yang penting sekali, ape cucu2 dia nak semua dapat. Cakap je nak makan ape terutamanya cucu kesayangan dia ni... akahssss.. This time rindu sangat dekat arwah Tok. Walaupun arwah tok dida dah lama pergi mengadap Ilahi. Semoga Tok dida sentiasa dikalangan orang beriman. Aamiin... 


Dikesempatan ini dida ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat segala kesilapan yang dida pernah lakukan secara sedar atau tidak. Dida juga ingin berkongsi sedikit tips dan panduan keselamatan pengguna lebuh raya serta meninggalkan rumah sempana menyambut Hari Raya Aidilfitri ini....



TIPS KESELAMATAN SEMASA MUSIM PERAYAAN DAN MENINGGALKAN RUMAH SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

1. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan ibu kunci (padlock) yang tidak mudah dipecah atau diumpil.

2. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi (menggunakan auto timer) setiap hari. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik (jika ada).

3. Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah.

4. Jangan membiarkan binatang peliharaan anda kebuluran semasa anda bercuti.

5. Pastikan jiran sebelah-menyebelah rumah (termasuk jiran di hadapan/belakang rumah) dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan anda. 

6. Pastikan barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, jam berharga dan sebagainya dibawa bersama atau disimpan di tempat yang selamat dan bersesuaian.

7. Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui rumah ditinggalkan kosong. Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan anda.

8. Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila anda bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal anda dan berikan maklumat seperti berikut: 

a) Nama dan alamat
b) Nombor telefon yang mudah dihubungi
c) Tarikh berlepas dan balik
d) nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti

9. Anda juga dinasihatkan melindungi harta benda rumah anda dengan polisi insurans untuk meringankan beban kerugian sekiranya rumah dipecah masuk.
 
Tips Keselamatan Jalan Raya:













Disini dida sertakan TTA Jadual Perjalanan PLUS Hari Raya 2014 Aidilfitri. Pengguna lebuhraya dinasihatkan supaya merancang perjalanan balik kampung, sempena cuti Hari Raya Aidilfitri 2014 yang bakal menjelang berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS.







TTA bertujuan bagi mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza-plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak.

Jadual TTA tersebut terdiri daripada cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri-negeri dan bandar-bandar utama di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Semoga dengan petua dan langkah-langkah keselamatan ini, kita semua akan lebih bersedia untuk menempuh perjalanan. Jangan terburu-buru di jalan raya tau kerana penting untuk anda sekeluarga tiba ke destinasi dengan selamat. Ingatlah orang yang tersayang. Selamat memulakan perjalanan uolls dan semoga tips yang dida kongsikan pada uolls semua sedikit sebanyak dapat membantu. Utamakan keselamatan dijalan raya. Pandu cermat jiwa selamat. Orang yang tersayang sentiasa menunggu kepulangan anda. 








Sesungguhnya saya adalah hamba Allah yang lemah.

Selamat menyambut hari raya pada semua umat Islam di dunia.
marilah kita sama-sama berusaha menegakkan syariat Islam
Insya Allah

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

Dida (Eda Ariff)



Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me... 
Eda Ariff
019-2049504
E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff

Tuesday 22 July 2014

Premium Beautiful Classic vs Premium Beautiful Elegance

Assalamualaikum readers...


Macam mana hari ni uolls semua okay ke tak or masih mengantuk lagi. Biasanya di bulan puasa ni kita selalu rasa tidak bertenaga dan rasa letih je kan?  Hari ni dida nak cerita tentang Premium Beautiful. Maklumlah di bulan puasa ni dalam pukul 10 pagi or 11 pagi mesti perut kita tetibe berbunyikan. Pastu mula la masuk angin, sakit perut dan time tu la sakit gastrik melanda.

Dida ni dah la memang ada gastrik. Jika tak jaga makan senang sangat jatuh sakit. Risau jugak time puasa ni sakit perut or gastrik. Tetapi bagi dida sejak dida pakai Premium Beautiful pada tahun ni... Dan ini adalah tahun pertama dida memakai korset 
Premium Beautiful di bulan puasa dan alhamdulillah tak pernah sakit perut or gastrik serius dida tak tipu !!! Hehehe... Tapi cume ada satu hari tu time cuti umum baru2 ni sempana Nuzul Al-Quran dida tak pakai Premium Beautiful habis perut dida ni masuk angin dan gastrik terus. Sebelum jadi lebih melarat dida terus capai Waits Nipper untuk hilangkan sakit perut dan gastrik dida ni. Jika tau mau kene buka puasa dan makan ubat. lol!

Semalam entah macam mana terbabas dari bangun sahur. Sedar2 dah pukul 6 pagi uolls. Dah la malam semalam bukan makan sangat, dida just banyak minum air #bvalfalfa. Bila kita berpuasa pasti badan rasa tak bertenagakan dan lembik je. So kene la ganti dengan #bvalfalfa untuk kekal bertenaga tambah #bvalfalfa ni bagus sangat bagi mengantikan sayur. Setiap satu sudu #bvalfalfa bersamaan dengan 1kg sayur. Dan alhamdulillah walaupun semalam tak makan sahur. Berbekalkan dengan #bvalfalfa dan pemakaian Premium Beautiful alhamdulillah dida dapat puasa tanpa sebarang masalah pun. Part yang paling dida suka ialah langsung tak sakit perut, tak ada gastrik dan yang paling penting kekal bertenaga. Bila dida cakap gan kawan2 pun dorg cakap tak percaya sebab tengok okay je... bertenaga lagi. Sukanya dida.. hihihi... (^-^)


Inilah #bvalfalfa yang dida minum setiap hari sebelum tido


Sape yang tak suka dapat badan macam ni !!!

Uolls pernah dengar tak tentang new product  Premium Beautiful? Tak pernah !!!
 

Haaa... Meh dida perkenalkan kepada uolls semua.

Untuk pengetahuan uolls,
Premium Beautiful sudah berada selama 20 tahun di pasaran dan tidak pernah pun ada kekurangan terhadap permintaan Premium Beautiful Classic malah sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi.

Cuba uolls lihat. Bolehkah uolls mengesan perbezaan antara PB Classic dan PB Elegance? Mungkin uolls ingat hanya warna je kan.
 

Tetapi biar dida beritahu uolls siapa yang perlu mendapatkan or memakai PB Classic dan siapa yang perlu mendapatkan PB Elegance ni? 

Untuk yang belum tahu, now kita ada a new range for Premium Beautiful which is PB ELEGANCE!

Boleh tengok kat poster bawah ni, perbezaan antarae Classic PREMIUM BEAUTIFUL (warna hitam) dan Elegance PREMIUM BEAUTIFUL (warna metallic grey)




Premium Beautiful Classic
 
Dan sekarang dida perkenalkan pada uolls semua new Premium Beautiful iaitu Premium Beautiful Elegance :


Premium Beautiful Elegance

Apa yang bezanya, besides warna nya ya?


Elegance is more to maintaining body shape yang ada, kain die lebih lembut dan lebih memberi. So untuk yang dah dapat bentuk badan idaman, or yang pakai PB for health issues seperti sakit belakang, slip disc, or aunties2 yang beli korset untuk selesa and bukan nak kurus, thiis the best range for you! Bila pakai
PB Elegance actually rasa ringan sangat seolah2 tak pakai Premium Beautiful pun. Tak caya??? Errrmmmm... Cuba la trial. Pasti jatuh hati.
  
PB Classic pulak lebih kepada untuk re-shaping, so lebih sesuai untuk yang nak tegapkan or mantapkan asset2 yang ada seperti nak membentukkan balik badan dan spare2 tyre tuuu... Ini kerana Premium Beautiful Classic akan meletakkan lemak uolls di lokasi yang betul dan menguncinya di tempat yang sepatutnya. Dengan pemakaian secara konsisten selama 3 hingga 6 bulan uolls pasti akan melihat hasilnya. 

Other than that, memang function die exactly sama with PB Classic   :)



Ini lah rupa spare2 tayar. So uolls mesti tak nakkan badan macam ni. Ngeriiii!!!





PB Elegance Corset sangat cantik dengan mempuyai sulaman timbul dan benang emas. 

A mom of two kids

Baru je berkahwin, sudah mempunyai bentuk badan yang baik but with Premium Beautiful dapat mengekalkan bentuk badan. Nanti tak ada la orang cakap sebelum kawin slim lepas kawin bum... bum... 

Hihihi... kelakar dan comelkan... but it's reality 

A mom of two kids

A different shape of body, Pear shape

Or an hour-glass shape.

Baru je lepas bersalin dan pemakaian secara konsisten

Another testimoni

 
Re- shaping immediately 

Such a HUGE transformation!!






Gorgeous uolls !!!


So, mesti you uolls semua tertanya2 which Premium Beautiful should I get?
Apa saiz saya ye?
Jangan risau... 
Just contact me, agent for Premium Beautiful.
Insyaallah... dida akan buat yang terbaik untuk membantu anda and which Premium Beautiful yang sesuai and comfortable for uolIs.
And don't worry I also do offer FREE Fitting to all my clients.

Guess what? We have a special promo going on right now with up to RM400 discounts! Hurry up. Only few sets left!!!



Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me... 
Eda Ariff
019-2049504
E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff

Thursday 17 July 2014

Tragedi MH17 Terhempas di Ukraine – Rusia

Assalamualaikum semua...

Lewat malam semalam kita semua dikejutkan dengan berita yang mengejutkan iaitu pesawat MH17 yang membawa 295 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine (sempadan Rusia). Kapal terbang MH17 MAS Malaysia Airlines ditembak & jatuh terhempas. Kita semua sedia maklum belum pun reda kes tragedi kehilangan MH370, terbaru seluruh dunia sekali lagi dikejutkan dengan tragedi yang begitu dahsyat buat kali kedua melibatkan negara Malaysia umumnya dan Malaysia Airlines (MAS) amnya tahun 2014 ini apabila pesawat MH17 terhempas di Ukraine (Sempadan Rusia).
 
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang pada mulanya telah terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia akhirnya disahkan pesawat Mh17 jatuh terhempas oleh berita AFP. Menurut APF, mayat telah pun ditemui di sekitar lokasi pesawat tersebut terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer. Dikatakan juga ekor pesawat tersebut dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran. Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat. Dalam pada itu, sebuah pusat operasi telah dibuka dan akan beroperasi 24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Berita penuh di Astro Awani.

Keadaan pada ketika ini cukup tragis melihatkan gambar bangkai kapal terbang Mh17 Malaysia Airlines MAS ditambah dengan situasi begitu banyak mayat bergelimpangan di lokasi kejadian



Peta menunjukkan lokasi terakhir pesawat MH17 sebelum ia terputus hubungan dengan pusat kawalan. -AstroAWANI
















Sumber gambar dari Astro AWANI dan BBC



Kronologi Berita Terkini MH17 Terhempas di Ukraine




  • Penerbangan pesawat MH17 dari Amsterdam (Belanda) ke Kuala Lumpur (Malaysia) menggunakan pesawat Boeing 777 berlepas 12:14 pagi waktu tempatan pada hari Khamis 17 Julai 2014 iaitu 15 minit terlewat daripada jadual penerbangan asal berdasarkan rekod penerbangan
  • Berdasarkan jadual penerbangan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) dijangka sampai di KLIA Malaysia pada 6:10 waktu Malaysia
  • Pesawat MH17 membawa 295 orang, 280 penumpang dan 15 anak kapal terbang Malaysia Airlines (MAS)
  • Pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) berada pada kedudukan ketinggian 33,000 kaki
  • Ketika pesawat MH17 sedang dalam perjalanan di FL330, 50 NM barat laut Donetsk (Ukraine), secara tiba-tiba transporder isyarat telah hilang di FL330 pada kedudukan N48.56 E37.21
  • Laporan berita terkini Interfax telah memaklumkan pesawat MH17 terhempas di sempadan Ukraine dan Rusia
  • Satu berita terkini yang cukup mendukacitakan setakat ini, Berita Semasa dimaklumkan ketika ini pesawat MH17 terhempas di Ukraine (sempadan Rusia) didakwa kerana ditembak jatuh oleh sistem peluru berpandu yang mampu mencapai ketinggian 72,000 kaki
  • Walaubagaimanapun dakwaan pesawat MH17 terhempas ditembak jatuh angkara pejuang pemisah Pro Rusia telah dinafikan wakil pihak pejuang pemisah tersebut
  • Berita Terkini MH17 terhempas berhampiran bandar Donetsk yang merupakan kubu kuat pemberontak Pro Rusia
  • Berdasarkan laporan berita terkini Reuters yang diperolehi daripada sumber penerbangan Rusia mengatakan kapal terbang MH17 Malaysia Airlines (MAS) sama sekali tidak memasuki ruang udara Rusia
  • Walaubagaimanapun zon penerbangan di mana pesawat MH17 terhempas adalah kawasan yang cukup bergolak dan konflik ketika ini



 






 





Lets Healthy, Beauty and Wealthy with me... 
Eda Ariff
019-2049504
E-mail : idaariff84@gmail.com | FB : Eda Ariff | IG : edaariff
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...